Saturday, August 17, 2019

KRISIS KEWANGAN GLOBAL, PUNCA DAN IMPAKNYA TERHADAP MALAYSIA

 



Mata wang negara pasaran baru seperti Rusia, Turki, India, Afrika Selatan, Argentina dan Indonesia menjunam ke tahap terendah masing-masing di tengah-tengah kebimbangan Amerika Syarikat (AS) yang bakal menaikkan kadar faedahnya, telah mengakibatkan pengaliran keluar dana asing secara besar-besaran.


Peristiwa ini pastinya mengingatkan kita kembali kepada kronologi krisis ekonomi dan mata wang negara seluruh dunia yang pernah direkodkan beberapa dekad kebelakangan. Sebagai contoh, krisis ekonomi dan mata wang yang pernah melanda dunia pada tahun 1988, 1998 dan 2008 berlaku setiap sedekad. Lebih menarik lagi, ia berlaku pada tempoh separuh ketiga tahun tersebut iaitu antara Jun hingga September.


Punca-punca
Sikap keterbukaan Malaysia telah menyebabkan mengalami pasang surut ekonomi. Pada tahun 1973, Malaysia mengalami krisis ekonomi disebabkan kenaikan harga minyak yang dikenali sebagai Kejutan Minyak Pertama akibat peperangan antara Mesir dan Israel. Kemudian, Malaysia sekali lagi mengalami Kejutan Minyak kedua akibat daripada Revolusi Iran pada tahun 1978. Lantas ia memeberi kesan ekonomi meleset, berlaku inflasi dan pengangguran. Walaupun tidak memberi kesan kepada Malaysia, KDNK tumbuh secara perlahan-lahan akibat kejatuhan eksport dan harga komoditi seperti petroleum dan kelapa sawit jatuh menjunam akibat kelembapan ekonomi Malaysia.



Pada tahun 1982, peningkatan perbelanjaan telah menyebabkan defisit meningkat ke paras 16.6%. Walaupun , pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memulihkan ekonomi negara iaitu dengan membuat pinjaman yang besar untuk menampung harga defisit. 


Impak-impak
Jumlah pengangguran juga telah meningkat sebanyak 5.8% kepada 8.5% dari tahun 1984 hingga 1985. Jadi, kerajaan telah mengambil langkah dengan meningkatkan perbelanjaan walaupun ekonomi merosot. Kebanyakkan perbelanjaan merupakan perbelanjaan mengurus seperti pencen dan bayar geran. Ini meningkatkan lagi defisit akaun semasa Kerajaan Persekututan daripada RM557juta (1986) kepada RM2 billon (1987).

Bukan itu sahaja, impak daripada kejatuhan mata wang negara ini telah menggegarkan pasaran saham seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila menyaksikan ringgit mencecah sekitar RM4.15 sedolar.


Langkah-langkah
Justeru, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memulihkan ekonomi Malaysia seperti menggalakkan sektor swasta bergerak lebih aktif. Dari segi kewangan, kerajaan telah mengambil langkah berjimat cermat dengan mengawal perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan Selain itu,kerajaan telah menyediakan suasana yang kondusif kepada sektor swasta dan menarik diri daripada terlibat secara langsung dengan persaingan sektor swasta supaya mereka dapat berkembang dengan pesat bagi membantu negara.



Dalam tempoh 1988-1996, sektor pembuatan meningkat dua digit dan menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK.  Ini mencatatkan jumlah paling tertinggi sejak merdeka. Pada tahun 1997, negara seperti Thailand Malaysia, Indonesia Jepun  Republik Korea mengalami krisis kejatuhan nilai mata wang, nilai pasaran saham dan nilai aset. Malaysia kemudiannya diserang oleh penyangak mata wang yang membawa kepada jualan menyeluruh di pasaran saham dan pasaran tukaran wang. Kesannya, indeks KLSE menunam dari 1,200 mata kepada paras di bawah 600 mata, manakala nilai ringgit merosot sebanyak 50% iaitu daripada RM2.50 kepada RM4.10 setiap dollar.


Sektor perbankan negara tidak terjejas dengan teruk disebabkan kerajaan telah mengambil langkah dengan menghadkan pinjaman asing dan mengadakan peraturan dan pengawalan  dengan ketat. Langkah yang diambil oleh Malaysia telah mendapat pujian daripada MF dan pemimpin dunia. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 1998 untuk membuat cadangan konkrit kepada kerajaan bagi mengekang kemerosotan ekonomi. MTEN kemudiannya telah menyediakan rancangan pemulihan ekonomi negara yang bertujuan menstabilkan ringgit, memulihkan keyakinan pasaran, menjaga kestabilan pasaran kewangan, perkukuhkan asas ekonomi, meneruskan agenda ekuiti dan menghidupkan semula sektor yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi. Antara tindakan ialah penubuhan  Syarikat Pengurusan Dana harta Nasional Bhd (Danaharta), syarikat pengurusan aset negara, Danamodal Nasional Bhd (Danamodal) dan Jawatankuasa Penstrukturan Hutang Korporat (CDRC). Danahartanah dan Danamodal berperanan meningkatkan kecairan dalam sistem perbankan. Kaedah ini telah mendapat pujian yang banyak daripada pihak.



Pada tahun 2000, ekonomi Malaysia kembali pulih . Dalam tempoh 2001-2007, KDNK meningkat secara purata sebanyak 4.9 setahun. Pada akhir 2008, ia kembali perlahan dan sektor pembuatan menguncup sebanyak 8.8% berikutan kelembapan sektor luar dan kejatuhan pelaburan swasta. KDNK kembali menguncup sebanyak 1.6% pada tahun 2009. Ianya bermula disebabkan kegagalan institusi kewangan Amerika Syarikat pada tahun 2007 berpunca daripada kemerosotan kualiti subprime assets. Memandangkan Malaysia. Kesan kemerosotan ini sangat dirasai oleh Malaysai disebabkan sikapnya yang terbuka. Eksport dan pengeluaran kilang masing-masing merosot iaitu sebanyak 7.4% dan 11.1%.



Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi melaksanakan pakej rangsangan ekonomi. Keberkesanan ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti cenderung menggunakan isi rumah atau melabur dengan syarikat dan kadar dan speed of disbursement. Perkara ini melibatkan pegawai-pegawai awam, demi memastikan peruntukan yang disediakan dapat dibelanjakan dengan segera dan memberikan impak yang maksimum.



Pada tahun 2010, kerajaan telah mengumumkan GTP dan ETP yang menetapkan sasaran rakyat Malaysia perlu mencapai US$ 15,000 bagi membolehkan negara ini menuju negara berpendapatan maju pada tahun 2020. ETP telah merangka 131 entry point projects yang akan membawa faedah seperti projek MRT. Kajian Bank Dunia menunjukkan banyak negara di Asia Timur telah berjaya melangkah keluar dari perangkap ini melalui persekitaran perniagaan yang menarik dengan dipacu oleh perusahaan swasta dan penggubalan dasar yang sesuai. 


Kesimpulan
Bagi melangkah menjadi negara maju, sumbangan sektor perkhidmatan amat penting. Hal ini kerana, sektor perkhidmatan mempunyai banyak aktiviti yang kritikal kepada pertumbuhan ekonomi seperti kewangan, kesihatan, pengangkutan dan telekomunikasi. Oleh yang demikian,  yang pastinya di tengah-tengah kegawatan ini, ringgit dan pasaran saham Malaysia tidak begitu terjejas berbanding negara lain.


RUJUKAN :




KRISIS KEWANGAN GLOBAL, PUNCA DAN IMPAKNYA TERHADAP MALAYSIA

  Mata wang negara pasaran baru seperti Rusia, Turki, India, Afrika Selatan, Argentina dan Indonesia menjunam ke tahap terendah ma...